Kumpulan Anak-anak Kedah USM

"Biar Jasa Jadi Kenangan"

Thursday, October 22, 2009

Ucapan Yang Di-pertua


Assalamualaikum.

assalamualaikum dan salam ukhwah fillah
syukur ke hadrat Allah kerana kita berjaya settlekan projek2 kita sem ni dgn baik.
tahniah kepada semua MT,EXCO dan PE yg bg komitmen.harapan saya,terus dan gandakan komitmen. kita akan terus bersama2 semester depan. sy nk ucapkan,selamat berstudy week dan selamat berexam.semoga berjaya.klu free,layarilah dan follow lah blog sy farzlimuslimeen.blogspot.com
salam,sayonara,jumpa lg.


Farzli Adenan
YDP KAKUSMA

Hari Rabu pada 14/10/09 adalah hari penentuan Kedah untuk mara ke peringkat seterusnya. Kedah menang besar keatas P.Pinang tetapi kedah tidak layak ke peringkat seterusnya. Apa-apa pun we support Kedah..Biar Jasa Jadi Kenangan

Monday, September 28, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM...

KAKUSMA telah mengadakan Majlis Jamuan bersempena Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran penasihat KAKUSMA dan tetamu yang hadir pada malam itu. Semua aktiviti dijalankan dengan sempurna dan dikendalikan oleh pelawak terkenal dalam KAKUSMA.
Sekian Terima kasih.


Thursday, September 3, 2009

Ekspedisi Ke Gunung Jerai.




Aktiviti ini telah pon dilaksanakan pada 17/10/2009 dengan jayanya....

Sambutan dan kerjasama daripada urusetia dan peserta sangat memberangsangkan. Selain itu, pihak JPA telah memberikan khidmat bantuan dan nasihat yang sangat bagus sekali dan tidak dapat dilupakan oleh semua peserta. Seramai 88 orang peserta yang telah mendaki Gunung Jerai pada hari tersebut.
TERIMA KASIH kepada semua yang memberi kerjasama...



Thursday, August 20, 2009

Selamat datang ahli-ahli kakusma.


Assalamualaikum...

Blog ini merupakan blog rasmi kakusma. Jadi, kerjasama anda untuk mengindahkan lagi blog ini sangat diharapkan. Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh dihanatar menerusi:

kakusma@gmail.com

sekian, terima kasih.

Saturday, August 8, 2009

HARI INTERAKSI KAKUSMA

Interaksi KAKUSMA telah diadakan pada 8/8/09 di Taman Belia, Pulau Pinang. Tujuan utama hari interaksi diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silatulrahim antara ahli baru dengan barisan kepimpinan KAKUSMA sidang 2009/2010. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti explorace, sukaneka, ice-breaking dan pelbagai lagi. Semua peserta yang pergi pada hari interaksi sangat gembira dengan aktiviti yang dijalankan oleh KAKUSMA.


Thursday, August 6, 2009

MALAM BERSAMA PENASIHAT

Malam bersama penasihat diadakan pada 6/8/09 di dewan kuliah J pada pukul 8.30 minit malam. Hal ini bertujuan untuk memperkenalkan ahli baru kepada penasihat KAKUSMA dan memberi wartikah perlantikan pembantu exco (PE) pada sidang ini. Selain itu, tayangan multimedia untuk memperkenalkan MAjlis TErtinggi (MT) dan exco-exco KAKUSMA kepada semua ahli baru KAKUSMA. Di samping itu, terdapat jamuan ringan telah disediakan oleh pihak KAKUSMA pada malam tersebut.